top of page

SELAMAT DATANG KE MUZIUM PADI KEDAH

KEWUJUDAN PADI

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia,Amerika Latin dan Caribbean. Padi juga adalah tanaman yang paling banyak di Malaysia. Ia juga adalah tanaman popular ditanam di negeri Kedah sehingga negeri Kedah diberi gelaran “Jelapang Padi Malaysia“ atau “ The Rice Bowl”

 

Di Malaysia, padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

 

Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.

SEJARAH PADI 

Padi mula di perkenalkan oleh puak Deutro-Malaya di Kepulauan Melayu sejak tahun 1599 sebelum masihi yang berhijrah ke rantau ini. Pada masa yang itu, kepulauan Melayu di diami oleh Proto-Melayu. Sekitar tahun 1820an, sumber ekonomi semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan hasil laut. Penduduk yang bergantung kepada hasil pertanian kebanyakan terletak di negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu. 

 

Pada abad ke-19, kegiatan utama masyarakat Melayu ialah pertanian yang diusahakan dalam dua bentuk tanaman iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semula. 

 

Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawasan tanah yang berhampiran. Sejarah awal penanaman padi sawah wujud di delta besar dan subur di Kedah. Keperluan petani pada ketika itu adalah sederhana serta ia menitikberatkan  tentang keperluan asas.

Waktu Lawatan :

Buka setiap hari - 9.00 pagi hingga 5.00 petang

(kecuali Jumaat tutup sementara - 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang)

Bayaran masuk

Dewasa : RM 5.00 seorang Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) : RM 2.00 seorang

Copyright © 2014 Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman

Penafian: Lembaga Muzium Negeri Kedah adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Ikuti kami di:

 

Hubungi Kami :

Telefon : 04 -7331162

Faks : 04 -7305100

E-mail : info@muziumkedah.gov.my

 

bottom of page