BENUA ASIA
Pengenalan
Kebanyakan padi di tanam di sekitar negara asia tenggara serta asia timur. Ini kerana kebanyakan negara - negara di kawasan mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman padi. Sebelum kedatangan barat, kebanyakan negara - negara di sekitar asia banyak mengalami ekonomi sara diri bagi menampung keperluan harian. Di asia, kebanyakan tanaman padi diusahakan dengan dua cara iaitu tanaman padi secara sawah serta huma.

Negara - negara yang mengusahakan Padi
China - Padi sawah ditanam di kawasan lembah-lembah sungai yang subur seperti Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Masyarakat petani di kawasan ini menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan tinggi di bahagian utara China pula, mereka menanam padi huma.
Jepun - Tanaman utama yang ditanam ialah padi. Padi ditanam di kawasan tanah tinggi dan hanya ditanam sekali setahun bermula musim bunga dan dituai pada musim luruh. Petani di Jepun banyak menggunakan tanaman sawah bertingkat bagi mengatasi masalah kekurangan tanah dan menggunakan sistem pengairan terus dari sungai. Kaedah ini membolehkan petani mengurangkan penggunaan baja dan membolehkan sawah digunakan setiap tahun. Penggunaan saswah setiap tahun menghalang rumput-rumput tumbuh dan hal ini menyebabkan kesuburan tanah dapat dikekalkan.
Thailand - Di Thailand, padi sawah ditanam di kawasan yang subur iaitu di Dataran Bangkok ( Lembah Menam Chao Phraya ) manakala penanaman padi bukit menggunakan sistem pertanian pindah atau tam rai. Penanaman padi ini dilakukan di kawasan pedalaman dan berbukit oleh suku Karen, Meo, Hmmong, Lissau, Yao, dan Shan. Pada setiap tahun padi bukit dituai pada bulan Oktober sehingga November.
Vietnam - Ia meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Padi merupakan makanan utama penduduk Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan jenis padinya berbeza mengikut iklim dan jenis tanah. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta Mekong.
Indonesia - Padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar dan lembah-lembah, lembangan, dan lereng-lereng gunung berapi yang diteres. Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah di Pulau Jawa dan Madura.penanaman padi dibantu oleh sistem pengairan dan padi dituai pada bulan April setiap tahun. Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga ditanam oleh masyarakat Indonesia.

